PERATURAN-PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN
KELAB KILAT
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ATAU RINGKASANNYA KELAB KILAT UNITEN
PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT
MESYUARAT
1. Adapun
Kelab ini dikenali dengan nama “KELAB KILAT UNIVERSITI TENAGA
NASIONAL ATAU RINGKASANNYA KELAB KILAT UNITEN”.
2. Tempat
mesyuaratnya ialah di Universiti Tenaga Nasional, Km 7, Jalan Kajang-Puchong,
43009 Kajang atau di lain tempat atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari
masa ke masa oleh Jawatankuasa Kerja dan pejabatnya yang berdaftar (alamat pos)
untuk surat menyurat ialah d/a Universiti Tenaga Nasional, Km 7, Jalan
Kajang-Puchong, 43009 Kajang.
3.
Tempat menjalankan
kerja/mesyuarat Kelab tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan oleh Pendaftar
Pertubuhan terlebih dahulu.
PERATURAN
2: LAMBANG
1.
Lambang Kelab ini
adalah seperti berikut:-
Lambang Kelab ini ialah satu lencana yang
memaparkan nama Kelab iaitu “Kelab Kilat UNITEN” dalam tulisan rumi berwarna
hitam dan keterangan selanjutnya ialah:-
Keterangan:-
(a) KILAT
berwarna merah melambangkan kegiatan-kegiatan sosial, kesukanan dan rekreasi
luar.
(b) KOTAK
berwarna kuning melambangkan dinamisma dan ilmu.
(c) RANGKUMAN
kedua-dua sudut berwarna merah dan biru melambangkan pertalian dan kerjasama
antara ahli-ahli Kelab dan antara Kelab dan pertubuhan-pertubuhan lain yang sama
objektifnya.
PERATURAN 3: MATLAMAT DAN
TUJUAN
Matlamat dan tujuan
Kelab ialah:-
1. Untuk
menggalakkan kemudahan-kemudahan rekreasi, di luar dan di dalam serta
menggalakkan kegiatan-kegiatan sosial, kesukanan dan kecerdasan di kalangan
ahli-ahli.
2. Untuk
memupuk tali persaudaraan yang rapat di antara ahli dengan ahli-ahli pertubuhan
sosial dan kesukanan berdaftar yang lain.
PERATURAN 4: KEAHLIAN
1. Ahli
Biasa terdiri daripada pekerja-pekerja Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
Tenaga Nasional Berhad (TNB), anak-anak syarikat TNB dan Yayasan Tenaga Nasional.
2. Universiti
Tenaga Nasional diwakili oleh Yang DiPertua Kelab dan berhak mengundi di
mesyuarat-mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat-mesyuarat lain melalui undi
pemutus Pengerusi.
3. Seseorang
Ahli Biasa Kelab apabila bersara dari perkhidmatan Universiti Tenaga Nasional
atau TNB atau anak-anak syarikat TNB atau Yayasan Tenaga Nasional boleh terus
menjadi ahli tetapi akan dipindahkan ke golongan Ahli Bersekutu.
4. Seseorang
Ahli Biasa boleh menjadi Ahli Seumur Hidup atas kelulusan Jawatankuasa Kerja
Kelab.
5. Tiap-tiap
permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadangkan oleh seorang Ahli Biasa dan
disokong oleh seorang lagi Ahli Biasa dan nama calun itu hendaklah dikemukakan
kepada Setiausaha Kehormat Kelab ini dan beliau akan menyiarkan nama-nama itu di
Papan Notis Kelab sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh kelulusan.
Permohonan-permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis di
atas borang yang disediakan seperti di Lampiran “A”, ditandatangani oleh pemohon
dan oleh pencadang serta penyokong. Permohonan menjadi Ahli-Ahli Bersekutu
tidak boleh dicadangkan dan disokong oleh Ahli-Ahli Bersekutu yang lain.
6. Semua
permohonan untuk menjadi ahli perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Kerja.
7. Seseorang
pemohon yang telah diterima menjadi ahli akan diberitahu oleh Setiausaha
Kehormat dan senaskah Peraturan-Peraturan Kelab akan diberikan kepadanya.
8. Sekiranya
seseorang pemohon gagal mendapat kelulusan, Jawatankuaa Kerja tidak perlu
memberi sebarang sebab dalam menolak sebarang permohonan.
9. Pemohon-pemohon
yang telah gagal mendapat pengelulusan tidak akan layak untuk dimasukkan semula
menjadi ahli sehingga genap enam bulan kalender mulai tarikh permohonannya
ditolak.
10.
Seseorang ahli yang
telah berhenti kerana sebab-sebab bersendirian boleh dicalunkan untuk kemasukan
semula di bawah Peraturan 4(1) hingga (9) di atas.
11. Seseorang
ahli Kelab yang telah dilucutkan dari menjadi ahli tidak akan layak untuk
dicalun atau dimasukkan semula sebagai Ahli Kelab.
12. Ahli
Bersekutu tidak mempunyai hak mengundi dan tidak boleh memegang jawatan tetapi
beliau boleh dilantik di dalam jawatankuasa-jawatankuasa kecil untuk
perkara-perkara tertentu.
PERATURAN
5: YURAN
1.
Bayaran yuran
bulanan adalah seperti berikut:-
(a) Bagi Ahli Yang Bergaji
Yuran Bulanan
Pokok
Sebulan
RM 999.00 dan ke bawah
RM 2.00
RM 1000.00 hingga RM
2999.99 RM 4.00
RM 3000.00 ke atas
RM 6.00
Tabung Sukan
(Minima) RM 1.00
(b) Ahli
Seumur Hidup: Bayaran yuran sebanyak RM 2,000.00 secara sekaligus.
(c) Seorang
Ahli Stesen Luar kehendaki membayar 50% dari kadar-kadar bayaran yang dinyatakan
di atas. Ahli stesen luar ditakrifkan sebagai ahli yang telah ditukarkan ke
suatu tempat kerja yang terletak lebih dari 100 kilometer dari kampus utama
UNITEN.
(d) Ahli
bersekutu: Bayaran yuran sebanyak RM84 setahun secara sekaligus.
2. Sebagai
Ahli Kelab, Universiti Tenaga Nasional akan membayar yuran terhadap
kumpulan Wang Kegunaan Am dan Kumpulan Wang Sukan seperti apa yang ditetapkan
oleh Universiti Tenaga Nasional dari masa ke semasa.
3. Bayaran
yuran tidak akan dikurangkan semasa percutian melainkan jika cuti itu genap satu
bulan kalendar dan satu permohonan untuk mengurangkannya dikemukakan secara
bertulis kepada Setiausaha Kehormat dalam tempoh 15 hari selepas kembali
daripada bercuti.
4. Ahli-Ahli
yang meninggalkan Malaysia kerana bercuti lebih dari tiga bulan boleh terus
menjadi ahli tanpa dikenakan bayaran yuran semasa tempoh pemergian mereka dengan
syarat mereka memberitahu Setiausaha Kehormat secara bertulis sebelum mereka
bertolak.
5. Yuran
bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari Kehormat secara tunai sebelum 15
haribulan setiap bulan atau melalui potongan gaji bulanan dengan persetujuan
ahli dan kebenaran Ketua Pengarah (Buruh Tenaga Rakyat Malaysia).
6. Langkah-langkah
akan diambil untuk mendapatkan semua hutang daripada orang yang mungkir
menunaikannya melalui Ketua Jabatan.
7. Jika
seseorang itu membiarkan yuran bulanannya terhutang selama 2 bulan dan tidak
mengambil langkah untuk menjelaskannya, Setiausaha Kehormat akan menghantar
surat kepadanya menuntut yuran ini dijelaskan dengan segera.
8. Jika
seseorang Ahli itu membiarkan yuran bulanannya terhutang berturut-turut selama
tiga bulan dan tidak mengambil langkah untuk menjelaskannya, haknya sebagai ahli
dalam Kelab Kilat akan tergugur dengan sendirinya dan Setiausaha Kehormat akan
membawa kes ini kepada Ahli Jawatankuasa Kerja untuk membuat keputusan.
PERATURAN 6: BERHENTI DARIPADA
MENJADI AHLI
1. Sekiranya
seseorang ahli ingin berhenti, beliau hendaklah memberitahu Setiausaha Kehormat
secara bertulis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh beliau bercadang untuk
berhenti dan hendaklah menjelaskan semua bayaran kepada Kelab.
PERATURAN 7: KEWANGAN DAN AKAUN
1. Wang
Kelab hanya digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Kelab termasuk belanja pentadbiran.
2. Bendahari
dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 pada sesuatu
masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank
yang diluluskan oleh jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama
Kelab.
3. Semua
cek-cek Kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang DiPertua, Setiausaha
Kehormat dan Bendahari Kehormat.
4. Tahun
kewangan Kelab ini bermula dari 1 haribulan Januari dan berakhir pada 31
haribulan Disember . Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta
kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa
oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Peraturan 20 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah
diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat
urusan Kelab.
5. Perbelanjaan
yang lebih daripada RM 1,000.00 bagi sesuatu perkara tidak boleh dibayar dengan
tidak terlebih dahulu diluluskan oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih
daripada RM 10,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat
kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM
1,000.00 bagi sesuatu perkara boleh diluluskan oleh Yang DiPertua, Bendahari
Kehormat dan Setiausaha Kehormat.
PERATURAN 8: MESYUARAT AGUNG
1.
Kuasa tertinggi Kelab akan diletak hak dalam mesyuarat agung ahli-ahli
2. Satu
Mesyuarat Agung Tahunan ahli-ahli Kelab akan diadakan sebelum 30 April tiap-tiap
tahun. Urusan mesyuarat agung tahunan adalah:-
(a) Untuk
menerima Laporan Tahunan mengenai kerja Jawatankuasa Kerja dan Penyata Akaun
yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya bersama dengan anggaran perbelanjaan
dan pendapatan bagi tahun semasa.
(b) Untuk
melantik pegawai-pegawai Jawatankuasa Kerja dan memilih Juruaudit-Juruaudit
Dalam bagi tahun akan datang.
(c) Untuk
mengurus lain-lain perkara yang mana notis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
telah diberi secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat.
3. Laporan
Jawatankuasa Kerja, Penyata, Akaun dan Ajenda tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah dihantar kepada setiap ahli Kelab 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.
(a) Sekurangnya satu suku dari jumlah ahli Kelab (tidak
termasuk Ahli-Ahli Bersekutu) atau dua kali ganda bilangan Ahli-Ahli
Jawatankuasa Kerja mengikut mana-mana yang lebih kurang, mesti hadir di
mesyuarat agung untuk ianya menjadi sah dan menjadi cukup bilang.
(b) Sekiranya
sesuatu mesyuarat telah diminta dan jika tidak ada cukup bilang selepas setengah
jam daripada waktu yang ditetapkan, mesyuarat itu akan ditangguhkan ke satu
tarikh (tidak melebihi 28 hari) yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja dan
sekiranya di mesyuarat akan datang yang dipanggil kemudiannya untuk
membincangkan urusan yang sama sekali lagi tidak ada cukup bilang selepas
setengah jam daripada waktu yang ditetapkan, maka ahli-ahli yang hadir di
Mesyuarat Luarbiasa atau Mesyuarat Agung Tahunan akan menjadi cukup bilang,
tetapi mereka tidak akan mempunyai kuasa untuk meminda peraturan-peraturan Kelab
atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan keseluruhan ahli.
5.
Satu notis awal Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat,
serta meminta usul-usul untuk perbincangan, cadangan-cadangan untuk meminda
peraturan-peraturan dan perlembagaan dan penamaan-penamaan calun bagi pemilihan
Ahli-Ahli Jawatankuasa akan dihantar oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli
tidak lewat dari 21 hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.
6. (a)
Tiap-tiap ahli yang hadir di sesuatu Mesyuarat Agung
Tahunan kecuali Ahli-Ahli Bersekutu, adalah layak mengundi atas tiap-tiap usul.
Pengundian untuk memilih pemegang-pemegang jawatan hendaklah dengan
kertas-kertas undi yang akan diedarkan dalam Mesyuarat tersebut
(b) Sebarang
soalan dalam mesyuarat, selain daripada apa yang diperuntukkan di bawah
Peraturan 8(9) hendaklah diputuskan mengikut lebih suara ahli-ahli yang mengundi.
Sekiranya bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi berhak memberi undi pemutus.
(c) Semua
keputusan yang dibuat di mesyuarat Agung Tahunan adalah muktamad dan semua ahli
adalah terikat kepadanya.
7. Di
Mesyuarat Agung Tahunan sesiapa daripada ahli boleh mengemukakan sebarang usul,
bantahan atau pindaan berhubung dengan lapuran atau Penyata-Penyata Akaun dengan
syarat Setiausaha Kehormat telah menerima notis mengenai usul, bantahan atau
pindaan seumpama itu tiga hari genap sebelum tarikh mesyuarat.
8. Di
Mesyuarat Agung Tahunan sesiapa daripada ahli boleh mencadangkan sebarang
perubahan terhadap Peraturan-Peraturan Kelab dengan syarat satu salinan cadangan
itu telah diterima oleh Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya sebulan kalendar
sebelum tarikh mesyuarat.
9. Peraturan-Peraturan
Kelab tidak boleh diubah kecuali dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua
pertiga dari ahli-ahli yang hadir di sesuatu Mesyuarat Agung Tahunan itu.
Perubahan-perubahan itu tidak boleh dikuatkuasakan tanpa mendapat persetujuan
Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
PERATURAN
9: MESYUARAT AGUNG LUARBIASA
1. Satu
Mesyuarat Agung Luarbiasa Kelab boleh diadakan:-
(a)
Apabila difikirkan
mustahak oleh Jawatankuasa Kerja.
(b) Atas
permintaan bersama secara bertulis oleh tidak kurang dari dua puluh (20) orang
ahli (tidak termasuk Ahli-Ahli Bersekutu) yang menyatakan tujuan-tujuan dan
sebab-sebab mengadakan mesyuarat ini.
(c) Sebarang
permintaan seumpama ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat dan adalah
menjadi tugas Jawatankuasa Kerja untuk memanggil mesyuarat dalam tempoh tiga
puluh (30) hari selepas penerimaan notis seumpama itu.
(d) Sekurangnya
dua puluh (20) orang ahli atau satu suku dari jumlah bilangan ahli (tidak
termasuk Ahli-Ahli bersekutu) mengikut mana-mana yang lebih kurang, mesti hadir
di Mesyuarat Agung Luarbiasa ini untuk ianya menjadi sah dan menjadikan cukup
bilangan. Sekiranya tidak mempunyai cukup bilang selepas setengah jam daripada
waktu yang ditetapkan maka mesyuarat ini dibatalkan, dan sekurang-kurangnya enam
(6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Luarbiasa atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(e) Notis
dan ajenda mesyuarat itu akan dihantar kepada semua ahli sekurang-kurangnya 15
hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.
PERATURAN
10: PENAUNG
1. Ketua
Pegawai Eksekutif dan lain-lain Pegawai Tenaga Nasional Berhad boleh diundang
untuk menjadi Penaung/Penaung-Penaung Kelab ini.
PERATURAN
11: JAWATANKUASA
1. Kelab
akan ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli yang
dinamakan sebagai pegawai-pegawai Kelab seperti berikut:-
(a) Seorang
Yang DiPertua (Perlantikan kerana jawatan temasuk pemangku jawatan).
(b) Seorang
Timbalan Yang DiPertua (Dilantik oleh Yang DiPertua dengan persetujuan ahli
Jawatankuasa).
(c) Seorang
Naib Yang DiPertua.
(d) Seorang
Setiausaha Kehormat.
(e) Seorang
Penolong Setiausaha Kehormat.
(f) Seorang
Bendahari Kehormat (dilantik oleh Yang DiPertua dengan persetujuan ahli
jawatankuasa).
(g) Seorang
Penolong Bendahari Kehormat (dilantik oleh Yang DiPertua dengan persetujuan ahli
Jawatankuasa).
(h) Seorang
Setiausaha Sukan Kehormat.
(i) Seorang
Penolong Setiausaha Sukan Kehormat.
(j) Seorang
Setiausaha Sosial Kehormat.
(k) Lima
orang ahli-ahli Jawatankuasa Kerja.
(l) Dua
orang Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Khas (dilantik di atas budibicara
Jawatankuasa Kerja.
2. Semua
ahli-ahli jawatankuasa kerja dan semua pegawai yang menjalankan kewajipan kerja
dalam kelab hendaklah seorang warganegara.
3. Semua
Pegawai-Pegawai Kelab, kecuali Yang DiPertua (dilantik atas nama jawatan),
Timbalan Yang DiPertua, Bendahari Kehormat dan Penolong Bendahari Kehormat (dilantik
oleh Yang DiPertua dengan persetujuan ahli Jawatankuasa) akan dipilih di
Mesyuarat Agung Tahunan sekali dalam dua tahun.
4. Penamaan
calun-calun untuk memegang jawatan (yang bukannya Ahli-Ahli bersekutu) hendaklah
dibuat secara bertulis dan diterima oleh Setiausaha Kehormat dalam tempoh 14
hari genap sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan dan hendaklah disertakan
dengan nama-nama pencadang dan penyokong dalam tiap-tiap pencalunan.
Calun yang berkenaan mestilah menyatakan
sendiri kesanggupannya untuk memegang jawatan secara bertulis, sekiranya tidak
pencalunan tersebut akan ditolak.
PERATURAN
12: TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA
1. Jika
seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang
mendapat undi yang kedua terbanyak untuk jawatan berkenaan di dalam pemilihan
yang lalu hendaklah dijemput untuk mengisi kekosongan itu. Jika calon yang
sedemikian tidak ada atau menolak jemputan itu, Jawatankuasa Kelab mempunyai
kuasa untuk melantik ahli yang lain mengisi kekosongan itu sehingga Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan
disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan didalam Jawatankuasa.
2. Jawatankuasa
Kerja hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan.
Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh
(7) hari terlebih dahulu. Yang DiPertua dengan bersendirian atau tidak kurang
daripada empat (4) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupkan bilang mesyuarat.
3. Mesyuarat-Mesyuarat
Khas boleh dipanggil oleh Setiausaha Kehormat apabila perlu atau apabila beliau
diminta berbuat demikian oleh tiga (3) orang ahli Jawatankuasa Kerja dan jika
boleh notis tiga (3) hari hendaklah diberi.
4. Di
dalam mana-mana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, satu pertiga daripada ahli-ahli
tersebut akan menjadikan cukup bilangan.
5. Fungsi
Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab dan
membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab mengikut dasar
am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidak
mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa
hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
6. Jawatankuasa
Kerja berkuasa melantik ahli-ahli bagi menubuhkan satu jawatankuasa kecil jika
dan apabila perlu.
7. Jawatankuasa
Kerja berkuasa membuat perbelanjaan lebih dari anggaran yang diluluskan, setakat
RM 1,500.00 dalam mana-mana tahun kewangan.
8. Jawatankuasa
Kerja adalah dianggap kuasa yang tunggal untuk mentafsir dasar-dasar dan
peraturan-peraturan Kelab, dan sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Kerja mengenainya adalah muktamad dan semua ahli adalah terikat kepadanya.
9. Sebarang
soalan atau perkara yang mungkin timbul atau yang tidak diperuntukkan dalam
Peraturan-Peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja yang mana dalam
semua hal keputusannya itu hendaklah dianggap sebagai muktamad.
PERATURAN 13: TUGAS-TUGAS PEMEGANG
JAWATAN
1. YANG
DIPERTUA:
(a) Yang
DiPertua akan mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja dan apabila beliau tidak hadir, Timbalan Yang DiPertua akan menjadi
Pengerusi. Beliau akan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat-mesyuarat.
(b) Pengerusi
hendaklah menandatangani semua minit-minit mesyuarat bila ianya telah diluluskan.
(c) Sekiranya
Yang DiPertua, Timbalan dan Naib Yang DiPertua tidak hadir dalam mesyuarat
jawatankuasa kerja maka mesyuarat ini tidak boleh diadakan, tetapi di dalam
Mesyuarat Agung ahli-ahli yang hadir boleh memilih salah seorang dari mereka
untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
2. TIMBALAN
YANG DIPERTUA:
Timbalan Yang DiPertua hendaklah memangku
jawatan Yang DiPertua semasa ketiadaannya termasuk mempengerusikan semua
mesyuarat.
3. NAIB
YANG DIPERTUA
Naib Yang DiPertua hendaklah
mempengerusikan semua mesyuarat ketika ketiadaan Yang DiPertua dan Timbalan Yang
DiPertua.
4. SETIAUSAHA
KEHORMAT
(a) Setiausaha
Kehormat akan menjalankan kerja-kerja dan urusan Kelab mengikut
Peraturan-Peraturan dan Perlembagaan Kelab dan juga mengikut arahan Jawatankuasa
Kerja.
(b) Beliau
adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan
semua buku-buku, surat-surat dan minit-minit mesyuarat.
(c) Beliau
hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan mengambil minit-minit.
5. PENOLONG
SETIAUSAHA KEHORMAT
(a) Penolong
Setiausaha Kehormat akan menolong Setiausaha Kehormat dalam urusan Kelab
mengikut Peraturan-Peraturan dan Perlembagaan Kelab dan mengikut arahan
Jawatankuasa Kerja.
(b) Beliau
hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan jika ketiadaan Setiausaha Kehormat
beliau akan mengambil minit-minit.
6. BENDAHARI
KEHORMAT
(a) Bendahari
Kehormat yang mesti berpengetahuan di dalam peraturan akaun akan menjalankan
arahan-arahan Jawatankuasa Kerja dan menjaga kewangan Kelab. Beliau akan
menerima bayaran yuran dan semua wang yang kena dibayar kepada Kelab dan membuat
pembayaran yang perlu.
(b) Kutipan-kutipan
hasil Kelab hendaklah dimasukkan kesemuanya ke dalam bank dengan seberapa segera
yang boleh selepas diterima (iaitu biasanya dalam tempoh 48 jam) dan tidak
sekali-kali boleh digunakan untuk menjelaskan perbelanjaan.
(c) Pembayaran
yang melebihi RM 50.00 hendaklah seboleh-bolehnya dibuat dengan cek dan semua
pembayaran-pembayaran lain hendaklah dibuat dari Kumpulan Wang Runcit, yang
tidak boleh melebihi RM 300.00.
(d) Buku-buku
Kewangan, baucer-baucer dan buku cek Kelab mestilah disimpan dengan selamatnya
oleh Bendahari Kehormat.
(e) Setelah
tamat Tahun Kewangan Kelab, Bendahari Kehormat hendaklah dengan seberapa segera
menyediakan Penyata Kewangan dan kunci kira-kira Kelab bagi tahun yang lalu
untuk diperiksa oleh Juruaudit-Juruaudit mengikut Peraturan 24.
7. PENOLONG
BENDAHARI KEHORMAT:
(a) Penolong
Bendahari Kehormat akan menolong Bendahari Kehormat dalam urusan kelab mengikut
peraturan-peraturan dan perlembagaan kelab dan mengikut arahan Jawatankuasa
Kerja.
(b) Beliau
hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan jika ketiadaan Bendahari Kehormat
beliau bertanggungjawab untuk membentang lapuran kewangan pada mesyuarat ahli
jawatankuasa.
8. SETIAUSAHA
SUKAN KEHORMAT:
(a) Setiausaha
Sukan adalah bertanggungjawab bagi mengurus semua sukan dan beliau akan
menyediakan penyata bulanan mengenai kegiatan-kegiatan tiap-tiap bahagian
permainan untuk maklumat Jawatankuasa Kerja.
(b)
Wakil dan Ketua
tiap-tiap cawangan sukan akan dilantik oleh satu mesyuarat khas ahli-ahli yang
berminat dalam sukan-sukan itu, mesyuarat khas itu hendaklah diadakan oleh
Setiausaha Sukan yang menjadi Pengerusinya (Kerana Jawatan).
(c) Ahli-ahli
tersebut akan menjadi Ahli Jawatankuasa Sukan dengan Setiausaha Sukan sebagai
Pengerusinya dan berkuasa memilih masuk tidak lebih daripada dua orang ahli-ahli
yang lain.
(d) Setiausaha
Sukan bersama-sama dengan ahli dipilih yang berkenaan dan Ketua tiap-tiap
cawangan sukan akan menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kecil untuk memilih
pasukan-pasukan dan membuat persiapan-persiapan bagi sukan yang berkenaan.
9.
PENOLONG SETIAUSAHA
SUKAN KEHORMAT:
(a) Penolong
Setiausaha Sukan Kehormat akan menolong Setiausaha Sukan Kehormat dalam urusan
kelab mengikut peraturan-peraturan dan perlembagaan kelab dan mengikut arahan
Jawatankuasa Kerja.
(b) Penolong
Setiausaha Sukan Kehormat hendaklah memangku jawatan Setiausaha Sukan Kehormat
semasa ketiadaannya termasuk mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sukan.
10.
SETIAUSAHA SOSIAL
KEHORMAT:-
(a) Setiausaha
Sosial adalah bertanggungjawab terhadap pengelolaan kegiatan-kegiatan kesenian
dan sosial kelab.
(b) Beliau
akan menyediakan penyata bulanan mengenai kegiatan-kegiatan kesenian dan sosial
untuk maklumat Jawatankuasa Kerja.
(c) Beliau
akan menyelia tugas-tugas Pengurus Kelab jika lawatan itu ada, menurut apa yang
dibentangkan oleh Jawatankuasa Kerja.
PERATURAN
14: TATATERTIB AHLI-AHLI
Sekiranya seseorang ahli dengan
perbuatannya di dalam kawasan Kelab, samada di dalam bangunan kelab atau di
sekitar kawasan kelab, telah didapati bersalah atau dianggap bersalah kerana
berkelakuan buruk yang memudharatkan kepentingan am kelab, kebenaran mengenai
perbuatannya itu akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja dan setelah
menjalankan siasatan dan menerima penjelasan daripada ahli yang berkenaan, akan
membuat pertimbangan dan sekiranya tiga perempat daripada anggota-anggota
Jawatankuasa itu berpendapat bahawa ahli tersebut bersalah kerana berkelakuan
buruk, Jawatankuasa Kerja akan menentukan samada ianya patut dihentikan daripada
menjadi ahli atau dikenakan tindakan tatatertib yang lain terhadapnya.
PERATURAN
15: KEROSAKAN PADA HARTA BENDA KELAB
Ahli-ahli akan bertanggungjawab terhadap
kerosakan hartabenda Kelab dan akan diminta mengemukakan penjelasan kepada
Jawatankuasa Kerja yang akan memutuskan tindakan sesuai yang patut diambil.
PERATURAN
16: TETAMU-TETAMU
Tiap-tiap ahli akan dibenarkan untuk
membawa masuk pelawat-pelawat tertakluk kepada peraturan-peraturan seperti yang
akan dibuat dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Kerja dan setiap pelawat
adalah dianggap sebagai tetamu dan akan diiringi oleh ahli yang membawa
maksudnya.
Tidak sesiapa yang boleh dibawa masuk
sebagai pelawat ke dalam kelab sekiranya beliau telah dihentikan daripada
menjadi ahli atau kelakuan atau adanya beliau di dalam Bangunan Kelab akan
dianggap oleh Jawatankuasa Kerja tidak boleh diterima atau memudharatkan
kepentingan-kepentingan kelab. Tetamu-tetamu hendaklah bukan pekerja-pekerja
TNB atau kontraktor yang mempunyai minat mengenai kontrak-kontrak dengan Tenaga.
Sesiapa daripada ahli yang membawa masuk tetamu akan bertanggungajwab terhadap
kelakuannya.
PERATURAN
17: KAWASAN KELAB
1. Kawasan-kawasan
dan bangunan-bangunan kelab dan segala kelengkapan yang ada padanya adalah
hartabenda Tenaga dan Tenaga berhak menggunakan kawasan-kawasan,
bangunan-bangunan serta kelengkapan-kelengkapan tersebut pada bila-bila masa
setelah memberi notis yang berpatutan mengenai tujuannya itu kepada Yang
DiPertua.
Tenaga juga berhak melarang penggunaan
kawasan-kawasan, bangunan-bangunan dan kelengkapan-kelengkapan itu oleh ahli
atau ahli-ahli atau oleh sesiapa sahaja dengan apa cara sekalipun yang dianggap
oleh Tenaga memudharatkan kepentingannya.
2. Kawasan-kawasan
atau bangunan-bangunan Kelab, pada bila-bila masa juapun tidak boleh digunakan
untuk mengadakan rapat umum atau penghimpunan yang bercorak politik dan juga
tidak boleh digunakan bagi maksud-maksud kesatuan pekerja kecuali dengan
kebenaran yang nyata dari Yang DiPertua yang perlu diperolehi tiap-tiap kali
tidak kurang dari tujuh (7) hari sebelum ianya diadakan.
PERATURAN
18: LARANGAN
1. Permainan-permainan
yang berikut tidak dibenarkan dimain di dalam kawasan Kelab:-
Judi, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin,
Belangkai, Pai Kau, Tau Ngan, Tiew Kow, Chap Jit Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu,
Tiga Puluh Satu, Sepuluh Setengah, Semua Permainan Dadu dan Permainan Terup.
2. Kelab
ini tidak boleh mengadakan sebarang gabungan atau perhubungan di luar Malaysia.
3. Pelajar
Universiti atau Kolej Universiti tidak dibenarkan menjadi Ahli Kelab melainkan
ianya telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib Canselor Universiti
yang berkenaan.
4. Dilarang
membawa masuk dan menghisap dadah atau candu di dalam Kelab dan kawasannya.
Perempuan-perempuan pelacur dan orang-orang jahat yang melarikan diri daripada
pengadilan di larang masuk ke dalam Kelab dan kawasannya.
PERATURAN
19: KENYATAAN AKHBAR
Ahli-ahli tidak dibenarkan membuat
kenyataan akhbar tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu oleh jawatankuasa
Kerja melainkan kenyataan-kenyataan seumpama itu dibuat oleh Yang DiPertua
adalah dikecualikan daripada peraturan ini.
PERATURAN
20: AUDIT
1. Seorang
ahli atau lebih, yang tidak memegang jawatan Kelab, boleh dilantik oleh
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit-Juruaudit Kehormat. Mereka akan
memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja dan boleh dilantik semula.
DAN
Akauntan Tenaga menjadi wakil Tenaga
mengaudit akaun-akaun Kelab tiap-tiap tahun.
2. Juruaudit-Juruaudit
akan dikehendaki mengaudit akaun-akaun Kelab bagi setahun dan menyediakan
laporan atau sijil untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Beliau/mereka akan juga
dikehendaki oleh Yang DiPertua untuk mengaudit akaun-akaun Kelab bagi sebarang
tempoh semasa mereka memegang jawatan pada sebarang tarikh dan membuat laporan
kepada Jawatankuasa Kerja.
PERATURAN
21: PEMBUBARAN
1. Kelab
tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan tidak kurang dari tiga per
lima daripada ahli-ahli Kelab dinyatakan dengan sendiri di satu Mesyuaat Agung
yang bersidang bagi maksud tersebut.
2. Sekiranya
Kelab dibubarkan menurut peruntukan yang tersebut di atas, semua hutang-hutang
dan tanggungan yang dibuat dengan sahnya bagi pihak Kelab hendaklah dijelaskan
sepenuhnya dan baki kumpulan wang dibahagikan sama rata di antara ahli-ahlinya.
3. Notis
pembubaran akan diberi dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran kepada
Pendaftar Pertubuhan dengan ditandatangani oleh Jawatankuasa Kerja.
KELAB KILAT
UNIVERSITI TENAGA
NASIONAL
LAMPIRAN “A”
Tarikh: ……………………..
Setiausaha Kehormat
Kelab Kilat
Universiti Tenaga Nasional
Km 7, Jalan Kajang-Puchong
43009 Kajang
Tuan,
PERMOHONAN UNTUK
MENJADI AHLI KELAB KILAT
Dengan ini saya memohon untuk menjadi Ahli
Kelab Kilat dan jika permohonan saya ini diterima dan diluluskan saya mengaku
akan patuh kepada semua peraturan-peraturan dan undang-undang Kelab.
KETERANGAN PEMOHON
Nama: ………………………………………………… No. Pekerja:
………………......
Pekerjaan: …………………………… No. Kad Pengenalan:
………………………..
Stesen/Bahagian:
…………………………………………………………….................
Gaji Bersih Sebulan: ………………………..
Dicadang oleh:
………………………………...... .........................................
(Nama dengan Huruf Besar) (Tandatangan)
Disokong oleh:
………………………………...... ..........................................
(Nama dengan Huruf Besar) (Tandatangan)

Yang Benar,
............................
(Tandatangan Pemohon)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEBENARAN UNTUK
MEMOTONG GAJI
Naib Canselor (Pengurusan)
Universiti Tenaga Nasional
Dengan ini saya
…………………………………………… No. pekerja: …….…… mengaku memberi kebenaran
kepada tuan untuk memotong dari gaji saya dan membayar kepada Bendahari Kelab
Kilat sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu, yuran bulanan sebanyak *RM
……………………. Bil-bil kantin Kelab Kilat dan apa-apa wang yang mesti saya jelaskan
pada tiap-tiap bulan.
Tarikh:
……………………………… ……………....................
(Tandatangan)
*
Sila lihat butiran yuran bulanan di
belakang borang
YURAN –
Peraturan 5
1. Bayaran
yuran bulanan adalah seperti berikut:-
a) Bagi Ahli yang bergaji pokok sebulan Yuran
bulanan
RM
999.99 dan ke bawah RM
2.00
RM
1000.00 hingga RM 2999.99 RM
4.00
RM
3000.00 ke atas RM
6.00
Tabung Sukan
(Minima) RM 1.00
b) Seseorang
Ahli Stesen Luar dikehendaki membayar 50% dari kadar- kadar bayaran yang
dinyatakan di atas. Ahli Stesen Luas ditakrifkan sebagai ahli yang telah
ditukarkan ke suatu tempat kerja yang terletak lebih 100 kilometer dari kampus
utama Universiti Tenaga Nasional.
c)
Jawatankuasa Kerja akan
memutuskan kadar bayaran yuran bagi setiap Ahli Bersekutu berdasarkan
kedudukannya. Yuran bagi seorang Ahli Bersekutu tidak akan kurangd ari akdar
bayaran tertinggi untuk Ahli Biasa. |